inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

Pengenalan

NAMA

    1. Persatuan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN ALUMNI INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)

  1. Takrif nama : Persatuan ALUMNI Institut Penilaian Negara (INSPEN) adalah merujuk kepada persatuan bekas-bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian di Institut Penilaian Negara (INSPEN).

LATAR BELAKANG

Pada mulanya terdapat 7 orang jawatankuasa penaja Alumni yang telah dilantik semasa mesyuarat pra alumni pada 30 November 2013. Jawatankuasa Penaja Alumni ini dilantik adalah bertujuan untuk memenuhi syarat utama dalam pembentukan pendaftaran persatuan dan membantu jawatankuasa pengurusan alumni dalam proses permohonan penubuhan persatuan.

Alumni INSPEN telah ditubuhkan secara rasminya pada 17 November 2014 melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran persatuan PPM-001-10-17112014.

Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan pada 14 Mac 2015 bertempat di Dewan Sri Delima INSPEN. Seramai 26 orang yang hadir ke mesyuarat ini antaranya adalah daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di seluruh negara dan juga daripada kakitangan swasta.

Alumni ada venue dan harus terus menjiwai kehidupan dan ekosistem kampus. Sense dan feel ini mampu dijadikan pemangkin kepada rasa kekitaan (sense of belonging), sumbangan dan seterusnya pemerkasaan INSPEN yang berterusan. Alumni juga adalah “duta” sebagai ejen dan imej kecemerlangan INSPEN di mata masyarakat, serta juga penting dalam pembangunan Alumni sendiri ke arah mencapai objektif dan fungsi untuk memaparkan INSPEN adalah sebagai salah sebuah Institut Komprehensif Negara.

Misi Dan Visi

MISI

Bertekad, Memartabatkan Institut Penilaian Negara (INSPEN)

VISI

Mengeratkan hubungan kolaborasi antara Alumni dengan INSPEN demi untuk faedah bersama.

OBJEKTIF

Menyediakan satu arena bagi jalinan produktif dan perkongsian pintar antara Alumni dan INSPEN demi kesinambungan kecemerlangan berterusan.

MATLAMAT

  1. Menyatupadukan bekas-bekas pelajar Institut Penilaian Negara (INSPEN).
  2. Menjaga kebajikan am ahli-ahli.
  3. Memupuk perpaduan nasional serta mempertingkatkan hubungan persahabatan dan semangat kekitaan melalui program-program pertubuhan.
  4. Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli persatuan, masyarakat dan juga institusi.

PERANAN

  1. Sebagai pengantara bagi pakatan strategik antara INSPEN dengan Alumninya  baik dari sektor awam dan swasta, dalam mahupun luar Negara.
  2. Mengadakan program-program yang melibatkan Alumni melalui sumbangan kepakaran dan kemahiran mereka yang dapat dikongsi bersama kepada bakal graduan untuk peningkatan diri dan kerjaya mereka kelak.
  3. Menyokong usaha INSPEN untuk merealisasikan hasrat Alumni dalam memberi sumbangan kepada pembangunan INSPEN dan kebajikan pelajar.
  4. Menghubungkan dan menyelaras semua pengurusan dan aktiviti Alumni yang dijalankan oleh Persatuan Alumni INSPEN.
  5. Merangka rancangan jangka panjang untuk penjanaan dana Tabung Alumni dan memanfaatkan dana tersebut untuk pembangunan INSPEN dan Alumni amnya.
  6. Mengharumkan nama dan reputasi INSPEN dalam landskap jurusan Penilaian Harta Tanah, Pengurusan harta Tanah dan juga Agensi Harta Tanah di Malaysia mahupun antarabangsa.
Ahli Jawatankuasa

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

BIL

JAWATAN

LANTIKAN 2015

01

Pengerusi Muhammad Faiz bin Mohd Damin

02

Timb.Pengerusi Muhamad Syafik bin Ahmad Faisal

03

Setiausaha Syahrul Azmira binti Salim

04

Timb.Setiausaha Nor Fadilah binti Abdullah

05

Bendahari Muhamad Farid bin Roslan

06

AJK SPHT Ahmad Munir bin Salahuddin

07

AJK SPGT Muhd Akmal bin Zulkifli

08

AJK CEA Khairul Azmi bin Yulmi
Aktiviti Dan Galeri

CADANGAN AKTIVITI PERSATUAN ALUMNI BAGI TAHUN 2015

BIL

AKTIVITI

JANGKAAN (BULAN)

CADANGAN TEMPAT

01

Sukan bersama pelajar INSPEN

-

Stadium INSPEN

02

Jamuan Hari Raya Alumni bersama Pelajar Julai 2015 Julai 2015 INSPEN

03

Hiking September 2015 Bukit Broga

04

Annual Dinner November 2015 INSPEN/Hotel

05

Program Orientasi Bersama Pelajar Baru November 2015 INSPEN

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN ALUMNI BIL. 1/2015

 012013  022013

MESYUARAT AJK PENAJA 2013

012015 022015  032015
Hubungi Kami

Semua bekas pelajar INSPEN digalakkan untuk menjadi ahli Persatuan Alumni INSPEN.
Borang pendaftaran boleh didapati di SINI.

Borang yang telah lengkap di isi perlu dikembalikan ke :-

JAWATANKUASA ALUMNI PELAJAR INSPEN.
PUSAT AKADEMIK,
INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN).
JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA,
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.
PERSIARAN INSPEN,
43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03 – 8911 8800 FAKS : 03 – 89 222 969