header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

Monograf

Monograf yang telah dihasilkan oleh INSPEN adalah :

  • Monograf Pengambilan Tanah (Edisi Pelajar)
  • Monograf Kadaran
  • Monograf Penilaian Harta Tanah Khas
  • Monograf Penilaian Harta Tanah Pertanian

1) Monograf Pengambilan Tanah (Edisi Pelajar)

Monograf ini diterbitkan untuk menerangkan perubahan undang-undang, interpretasi dan penjelasan berbagai aspek undang-undang dan aplikasinya dalam pelbagai situasi. Monograf ini dapat membantu para penilai memahami dengan lebih mendalam berhubung dengan pengambilan tanah. Monograf ini mengandungi sejumlah 33 artikel di bawah kategori-kategori yang berikut :

  • Bahagian 1 – Land Acquisition Law and Procedures
  • Bahagian 2 – Definition of Market Value
  • Bahagian 3 – Definition of Compensation and Other Claims
  • Bahagian 4 – Land Acquisition Principles and Practise
  • Bahagian 5 – Valuation Principles and Compensation Based on Court Decisions

Harga : RM15.00

2) Monograf Kadaran

Monograf ini mengandungi kompilasi penulisan pengalaman Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berkaitan kadaran. Sangat berguna untuk mereka yang ingin mengetahui perkembangan sejarah undang-undang kadaran dan amalan-amalan di Malaysia. Artikel-artikel yang dikumpulka adalah dibawah tajuk seperti :

  • Undang-undang kadaran
  • Sistem dan prosedur kadaran
  • Amalan dan prinsip penilaian
  • Penilaian semula
  • Carum bantu kadar
  • Kes undang-undang

Monograf ini mengandungi sejumlah 16 artikel di bawah kategori-kategori yang berikut :

  • Bahagian 1 – Rating Law
  • Bahagian 2 – Rating Procedures and System
  • Bahagian 3 – Valuation Principles and Practice
  • Bahagian 4 – Revaluation Exercise
  • Bahagian 5 – Contribution in Aid of Rates
  • Bahagian 6 – Case Laws

Harga : RM25.00

3) Monograf Penilaian Harta Tanah Khas

Menghimpunkan kompilasi kertas kerja mengenai pelbagai pendekatan dan kaedah dalam menaksir nilai harta tanah khas. Monograf ini amat berguna kepada para professional, para pendidik dan pelajar yang terlibat dalam industri harta tanah.

Harga : RM25.00

4) Monograf Penilaian Harta Tanah Pertanian

Menghimpunkan kompilasi kertas kerja mengenai pelbagai pendekatan dan kaedah dalam menaksir nilai harta tanah pertanian. Monograf ini amat berguna kepada para professional, para pendidik dan pelajar yang terlibat dalam industri harta tanah.

Harga : RM25.00