inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

KE ARAH AKREDITASI MQA: INSPEN DIBERI AKREDITASI SEMENTARA OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) BAGI PROGRAM SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH DAN SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh ini telah dilaksanakan pada 19 dan 20 September 2018. Lawatan Penilaian tersebut melibatkan oleh tiga orang iaitu seorang Pegawai MQA dan dua lagi adalah panel penilai. Semasa proses penilaian berlangsung antara perkara yang disemak adalah memerhatikan proses pengajaran & pembelajaran, mengadakan temu bual dengan pihak pengurusan, tenaga pengajar dan pelajar, melawat fasiliti dan semakan dokumen seperti kurikulum juga dokumen yang berkaitan.
Pada amnya, jaminan kualiti di institusi pengajian tinggi dilaksanakan melalui proses penilaian program pengajian. Terdapat dua peringkat penilaian dalam jaminan kualiti ini iaitu:

i.            Akreditasi Sementara - adalah satu perlakuan penilaian untuk memastikan sama ada sesuatu program itu telah menepati keperluan kualiti minimum sebelum dianugerahkan Akreditasi Penuh.

ii.            Akreditasi Penuh - merupakan satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang ditawarkan oleh sesebuah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia.

Oleh yang demikian, panel penilaian telah berpuas hati dan seterusnya memberikan Akreditasi Sementara kepada INSPEN melalui Pusat Akademik bagi dua program sijil iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah (MQA/FA 11513) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (MQA/FA 11514) bermula dari 19 April 2018 hingga 18 April 2023.

Setinggi-tinggi tahniah!