inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke pengajian peringkat sijil secara sepenuh masa di INSPEN adalah rakyat Malaysia berumur antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf, dengan kelayakan minimum berikut:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
  • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan;
  • Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain;
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan
  • Lulus dalam satu (1) mata pelajaran lain.
Sistem Dan Penilaian Pengajian

Sistem dan Penilaian Pengajian

Sistem pengajian di INSPEN adalah berdasarkan semester yang meliputi:

  • Kuliah dan tutorial;
  • Latihan amali makmal/studio; dan
  • Latihan Industri

Penilaian pengajian adalah secara individu berdasarkan kerja kursus dan pembentangan, projek dan pembentangan berkumpulan, ujian, kuiz, lawatan kerja serta peperiksaan akhir.

Yuran Pengajian

Yuran Pengajian

Yuran pengajian adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian : RM200.00 setiap semester
  • Yuran Kemudahan Kursus : RM80.00 setiap semester
  • Yuran Lain-Lain : RM85.00 setiap semester
Kurikulum Pengajian

Kurikulum pengajian adalah berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran dalam bidang penilaian dan pengurusan harta tanah.

Penganugerahan Sijil

Pelajar akan dianugerahkan sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Mencapai Purata Mata Nilai Himpunan (CPA) 2.0 ke atas;
  • Telah lulus semua mata pelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum pengajian;
  • Telah menjelaskan semua yuran pengajian dan bayaran lain yang berkaitan; dan
  • Tidak dikenakan apa-apa tindakan tatatertib.
Prospek Graduan

Graduan INSPEN mempunyai tiga (3) pilihan setelah tamat pengajian iaitu:

  • Bekerja di sektor awam;
  • Bekerja di sektor swasta;
  • Peluang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Queensland University Technology, Australia dan Western Sydney University, Australia.
Sijil Penilaian Harta Tanah(SPHT)

SPHT adalah program yang pertama seumpamanya yang dijalankan di Malaysia. Kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.

Semua kurikulum program SPHT telah:

  • Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  • Diiktiraf oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia.
  • Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk syarat lantikan baru bagi Skim Perkhidmatan berkelayakan STPM/Diploma sebagai Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

 

Tempoh Pengajian :

  • Program ini ditawarkan secara sepenuh masa untuk dua (2) tahun dan ianya termasuk satu (1) semester latihan industri di organisasi-organisasi berkaitan.

 

Rangka Pengajian Program SPHT : Klik Untuk Keterangan Lanjut

Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)

SPGT merupakan program kedua yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga separa professional yang terlatih dalam bidang pengurusan harta tanah sama ada di sektor awam atau sektor swasta. Seperti SPHT, kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.

Semua kurikulum program SPGT telah:

  • Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  • Diiktiraf oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia.
  • Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk syarat lantikan baru bagi Skim Perkhidmatan berkelayakan STPM/Diploma sebagai Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

 

Tempoh Pengajian :

  • Program ini ditawarkan secara sepenuh masa untuk dua (2) tahun dan ianya termasuk satu (1) semester latihan industri di organisasi-organisasi berkaitan.

 

Rangka Pengajian Progaram SPGT : Klik Untuk Keterangan Lanjut

Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)

Program CEA merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah.

Program ini dilaksanakan dalam dua mod iaitu separuh masa dan sepenuh masa. Perbezaan antara dua mod adalah dari segi umur iaitu tiada had umur bagi pelajar CEA separuh masa manakala sepenuh masa untuk pelajar yang berumur 17 hingga 21 tahun.

Program CEA telah :

  • Mendapat akreditasi daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta pada 11 Julai 2011 (setaraf dengan peperiksaan Estate Agent untuk Bahagian I dan II di bawah LPPEHPH)

Tempoh Pengajian :

  • Pengajian program CEA separuh masa ditawarkan selama 17 bulan manakala CEA sepenuh masa akan ditawarkan selama 19 bulan dan ianya termasuk satu (1) penggal perlu menjalani latihan industri di organisasi berkaitan.

Yuran Pengajian CEA bagi mod separuh masa  :

  • Yuran Pendaftaran : RM45.00
  • Yuran Pengajian : RM8,700.00

 

Rangka Pengajian Program SPGT : Klik Untuk Keterangan Lanjut