inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

Call for Papers : Occasional Papers JPPH

Adakah anda ingin berkongsi maklumat bersama warga JPPH?

Kini, anda dijemput menyumbangkan bahan penulisan untuk Occasional Papers JPPH.

Occasional Papers JPPH merupakan penerbitan untuk edaran dalaman Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Ia diterbitkan semenjak tahun 1999 di mana skop penulisan tertumpu kepada bidang teknikal sahaja.

Bermula tahun 2011, bahan dan skop penulisan diperluaskan seperti berikut:-

  1. Kertas Penyelidikan
  2. Kertas Informatif
  3. Laporan analisa
  4. Nota amalan
  5. Garis Panduan
  6. Artikel umum berkaitan ekonomi, perundangan, pengurusan, ICT dan sebagainya

Tarikh akhir penyerahan adalah sebelum 31 Mei setiap tahun.

Garis Panduan Dan Format Penyerahan

  1. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  2. Panjang artikel lebih kurang 10 – 15 muka surat
  3. Format Menaip menggunakan Perisian Microsoft Words bertulisan Arial saiz 11 dengan jarak 1.15 spacing.
  4. Tajuk dan subtajuk mestilah ringkas dan ‘bold’.
  5. Rujukan disenaraikan di belakang artikel mengikut susunan abjad.
  6. Jadual dan Rajah: Diletakkan di tengah muka surat dan mestilah mempunyai tajuk di bahagian atasnya.
  7. Biodata penulis hendaklah menyatakan nama penuh, alamat pejabat, nombor telefon dan bidang tugas.
  8. Hak Cipta: Jika bahan penulisan pernah diterbitkan atau dibentangkan, pengarang perlulah memaklumkan kepada pihak editor.

Bahan penulisan dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Editor, Occasional Papers JPPH
Pusat Perundingan & Pembangunan Produk
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Persiaran INSPEN
43000 Kajang Selangor, Malaysia.
Telefon : +603-89118800 | Fax : +603-89250640
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.