header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

INSPEN, 16 Januari 2017 – Majlis Bersama Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, YBrs. Sr. Tn. Hj. Nordin Daharom telah diadakan di Dewan Nusantara pagi tadi.

Kehadiran YBrs. Sr. Tn. Hj. Nordin Daharom telah disambut oleh Tuan Haji Basarudin Mohd. Basir, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakara INSPEN serta seluruh warga INSPEN.

Majlis ini merupakan acara wajib setiap awal tahun dan juga satu platform terbaik bagi para kakitangan untuk beramah mesra dengan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta sambil mendengar amanat yang ingin disampaikan beliau.

Selain itu, majlis kali ini turut menyaksikan upacara tandatangan dan penyerahan Dokumen Projek Pelan Strategik bertajuk, Pemantapan Kit Latihan: Kursus Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan 2015) diantara Puan Azlina Mohd. Nor (Pengurus Projek) dan Puan Norhayati Awang (Business Owner).

MajlisKP    MajlisKP1    MajlisKP2    KP3    MajlisKP4 

Kembali Ke Arkib Berita