inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

Majlis Pendaftaran Pelajar Pasca Siswazah 2018/2019 Institut Penilaian Negara

Pasca Siswazah

 

INSPEN, 17 OKTOBER 2018 – Majlis pendaftaran untuk para warga JPPH yang telah layak untuk mengikuti program pasca siswazah JPPH-UTM Kohort 2 bagi sesi 2018/2019 telah diadakan pagi di Dewan Nusantara, INSPEN.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, YBrs. Sr Haji Nordin Daharom telah sudi hadir ke majlis tersebut dan turut menyampaikan ucapan tahniah serta pesanan kepada semua yang berjaya.

Turut hadir meraikan adalah YBr. Sr Haji Ahmad Zailan Azizuddin (Timbala Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi)), YBrs Sr Haji A’zmi Abdul Latif (Pengarah INSPEN) dan wakil dari Universiti Teknologi Malaysia iaitu Sr Dr Mohd Nazri Jaafar, Profesor Madya Dr Mohd Nazri Ali, serta Dr Izran Sarazzin Mohammad.