header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

MESYUARAT JAWATANKUASA VALIDASI (JKV), JAWATANKUASA PENYELIDIKAN JABATAN (JKP) DAN MAJLIS APRESIASI RESEARCH INTERN JPPH 2024

 

17 Januari 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Validasi Penyelidikan (JKV) yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) telah diadakan di INSPEN.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memverifikasi dan memberi kelulusan bagi Cadangan Kertas Penyelidikan Tahun 2024 daripada Penyelidik INSPEN dan Research Intern. Bersambung selepas itu adalah Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Jabatan (JKP) yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi membincangkan perancangan tahun 2024 Unit Penyelidikan dan Inovasi serta kemajuan penganjuran Seminar IRERS 2024.

Majlis Apresiasi Research Intern JPPH 2024 diadakan sejurus sahaja selesai mesyuarat tersebut, bertempat di Bilik Kristal 1 & 2, INSPEN. Majlis yang julung kali diadakan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Seramai 18 orang penyelidik Research Intern telah dianugerahkan sijil penghargaan iaitu empat (4) orang penyelidik daripada Siri 3 (2020-2022) dan 14 orang penyelidik daripada Siri 4 (2021-2023). Majlis ini diadakan untuk menghargai kejayaan mereka dalam menyelesaikan serta melengkapkan kertas-kertas penyelidikan Jabatan.

Turut meraikan penyelidik Research Intern ini adalah barisan Panel Jawatankuasa Validasi Penyelidikan Jabatan (JKV) dan Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Jabatan (JKP) yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi serta pegawai-pegawai kanan Jabatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. JKV dan JKP memainkan peranan penting dalam memastikan kertas-kertas penyelidikan yang dihasilkan adalah berkualiti dan dapat memberikan impak kepada Jabatan dan industri harta tanah negara.

Platform Research Intern ini merupakan strategi Jabatan untuk melahirkan lebih ramai lagi penyelidik yang berpotensi daripada kalangan Pegawai Penilaian dan Penolong Pegawai Penilaian yang berkaliber dan mantap dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan di Jabatan.