header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

PENGENALAN KEPADA JABATAN DAN SESI AMANAT OLEH KPPPH BERSAMA PESERTA PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI TAHUN 2024

 

16 Januari 2024 – Sesi pengenalan kepada Jabatan dan penyampaian amanat oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan barisan Pengurusan Tertinggi bersama peserta Program Transformasi Minda (PTM) bagi tahun 2024 telah diadakan di Dewan Nusantara, INSPEN.

Majlis yang telah dihadiri seramai 55 orang peserta ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dan memahami fungsi serta peranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan lebih dekat, malah juga memberikan pendedahan terhadap penerapan nilai budaya kerja yang cemerlang agar penyampaian perkhidmatan dapat disampaikan dengan cekap serta berkesan.

Diharapkan melalui program ini, peserta dapat memupuk nilai jati diri yang tinggi dan memiliki minda kelas pertama selaras dengan matlamat kerajaan ke arah negara maju dan berdaya saing.