header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

SESI FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) 2 PENYELIDIKAN NAPREC : COMPLAINTS HANDLING GUIDELINES FOR PROPERTY MANAGERS DISCUSSION (FGD) 2 : PENYELIDIKAN NAPREC : COMPLAINTS HANDLING GUIDELINES FOR PROPERTY MANAGERS

 

10 Januari 2024 – Satu sesi Focus Group Discussion (FGD) kali ke-2 oleh PM Dr. Yasmin Mohd Adnan, penyelidik di bawah dana Geran Penyelidikan NAPREC bidang Real Estate Management and Services (REMS) telah berlangsung di Hotel Wydhams Grand Bangsar, Kuala Lumpur.

Tujuan utama FGD ini adalah untuk mendapatkan maklum balas berkenaan rangka kerja serta garis panduan pengurusan aduan untuk bangunan berstrata. Penglibatan ahli FGD adalah di kalangan pengurus bangunan, pengurus operasi serta pelbagai ahli profesional yang terlibat dalam industri pengurusan strata.

Antara wakil firma yang hadir PMC Facilities Real Estate, Rahim & Co., Firdaus & Associates, Azami & Co., AJC Property Surveyors Sdn. Bhd., Henry Butcher, RISM, PEPS, Selangor Dredging, Jabatan Perumahan Negara, Pesuruhjaya Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Ahli Panel Pakar NAPREC.

Pihak NAPREC berharap dapatan daripada sesi perbincangan ini akan dapat memberikan manfaat kepada pihak industri terutamanya dalam skop pengurusan aduan yang melibatkan bangunan berstrata di Malaysia.