header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN (NATIONAL HEALTH SCREENING INITIATIVE-NHSI)

 

22 Februari 2024 – INSPEN dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Dearah Sepang, Selangor telah menganjurkan Program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Initiative) bertempat di Seroja Lounge, INSPEN.

Program yang berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 22 hingga 23 Februari 2024 ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan warga INSPEN, pelajar INSPEN serta warga JPPH Bangi dan Sepang.

Selain memberikan peluang kepada warga INSPEN dan JPPH untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma merangkumi saringan antropometri (berat/tinggi/BMI), tekanan darah, paras gula, paras kolesterol dan saringan kesihatan mental, saringan ini juga bertujuan untuk memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dalam memastikan individu, keluarga dan komuniti mempunyai keupayaan, kemampuan serta kemahiran dalam menangani ancaman penyakit tidak berjangkit. Seramai enam (6) orang petugas kesihatan dari klinik kesihatan sekitar daerah Sepang terlibat dalam melaksanakan saringan ini.

Pihak INSPEN berharap dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat warga INSPEN dan JPPH dalam menitikberatkan penjagaan kesihatan diri serta mendapatkan rawatan awal sekiranya perlu.