inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

1. Alpa

Alpa

Pengarang  :  Afdhalul Rahman           

Imprint  :  Shah Alam :  Grup Buku Karangkraf ,  2018  

Mukasurat : 123 ms 

Sinopsis:

Tak apa

Jangan kau salahkan dirimu

Jangan kau salahkan sesiapa

Kau manusia

Merapatlah dengan Tuhan

Alpa? Siapa yang tidak pernah alpa? Tapi alpa ini penyakit yang berbahaya. Bersebab alpa, kita rugi banyak peluang untuk berbuat baik. Tahu tapi sengaja buat tidak tahu, lalu melangsungkan perbuatan-perbuatan yang tidak produktif sebagai remaja Islam. Sekian banyak perkara-perkara negatif dihubungkaitkan dengan mereka: buang masa, tak solat, tak bersyukur, putus asa, rasa tidak tenteram, gelisah kerana rezeki yang sedikit.

Benar, buku ini menyentuh sisi-sisi negatif remaja, tetapi ia bukanlah untuk menyalahkan tetapi lebih untuk ‘menekan butang-butang positif’ dalam diri remaja supaya ‘terjaga’ lalu membuahkan tindakan-tindakan yang berfaedah. Never take for granted untuk apa yang Allah telah beri dalam hidup. Syukur dan upgrade diri kerana di hujungnya, manusia tetap boleh berubah.

 

2. Everything eggs : segala telur

segala telur

Pengarang : Azian Hasan             

Imprint  :  Petaling Jaya : MPH Publishing , 2016

Mukasurat : 67 ms 

Sinopsis:

Everything Eggs offers a fresh, unique and modern take on the humblest of foods.

Eggs, without question, remain one of the most inexpensive, healthful and readily available food items. Eggs are an extremely useful ingredient and so fundamental to cooking that every culture has its own egg-based recipes for any meal at any time of the day.

Written in both English and Bahasa Malaysia, Everything Eggs is designed to be useful in kitchens throughout Malaysia.

 

3. Hidup yang aku pilih

hidup yg aku pilih

Pengarang : Muharikah      

Imprint :  Seri Kembangan :  Imam Publication , 2017

Mukasurat : 169 ms 

Sinopsis :

“Apa cita-cita awak?”

Beberapa kali pernah ditikam soalan ini oleh Muharikah. Cis terdiam beberapa saat juga jadinya. 

Ya, memang ada jenis manusia yang memang tahu benar apa yang ingin dicapai dalam hidup. Benar-benar jelas jalan hidupnya, lima tahun lagi, sepuluh tahun lagi. Tahu dengan pasti juga, apakah potensi dirinya yang tiada pada orang lain, dan di medan manakah ingin disumbangkan bakatnya itu.  

Sejenis manusia lain, ditanya esok mahu dibuat apa pun masih termangu-mangu. Tidak begitu pasti, 

“Tengoklah nanti.”

Kita ini, mungkin ramainya di kategori pertengahan. Tidak begitu pasti ke mana mahu dituju dalam masa sepuluh tahun, tapi jika ditanya bulan ini, tahun ini, ya yang itu kita tahu jawapannya. Masih mencari di manakah ‘passion’ dan kekuatan diri; rasanya sudah tahu tapi mungkinkah syok sendiri?

Barangkali, kita perlu mengambil masa kita untuk benar-benar meneroka dan akhirnya memilih jalan hidup kita sendiri.  

Cukuplah diketahui bahawa setiap saat dalam hidup adalah pilihan kita sendiri, dan kita akan kelak ditanya tentang setiap satunya.

Jadi, hidup yang bagaimana yang kita mahu pilih? 

 

4Liku-liku hartanah     

liku liku hartanah

Pengarang :  Nazri Bin Mustafa         

Imprint : Kuala Lumpur : Pejuang Media Sdn Bhd. , 2016 

Mukasurat : 123 ms  

Sinopsis :

Begitu banyak perkara penting yang perlu diambil kira oleh seseorang sebelum membeli sesebuah hartanah.

Dengan buku ini, pembaca boleh jadikan sebagi pagai panduan untuk mengambil jalan dan langkah yang lebih teratur serta selamat sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan wang bagi hartanah tersebut.

Darpada sudut teknikal hinggalah undang-undang, serta sikap dan pandangan minda yang diperlukan, buku ini antara lain membawakan kisah-kisah benar yang berlaku untuk dijadikan inspirasi dan pedoman buat pembaca.

 

5. Mendidik anak Abad 21 : satu pengalaman

mendidik abad 21

Pengarang :  Baayah Baba        

Imprint       :  Bandar Baru Bangi  :  MPWS Rich Resources , 2015  

Mukasurat : 117 ms  

Sinopsis :

. Anak-anak yang mengikut kata, baik pekertinya menjadi igauan dan harapan semua ibu-bapa. Tidak semua orang dapat mendidik anak dengan mudah. Allah menduga manusia dengan cara yang berbeza. Kita diduga mengikut kemampuan dan tahap keimanan kita. Namun kita sebagai ibu-bapa tidak boleh berputus-asa. Berusahalah sedaya upaya dan selainnya kita serahkan kepada yang Maha Esa.

Antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam mendidik anak pada masa kini ialah masalah kewangan, tidak cukup masa untuk anak-anak, pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga terdekat dan cabaran teknologi mamsa kini. Dalam kaji selidik yang telah dijalankan di Lembah Klang tidak cukup masa, cabaran teknologi dan masalah kewangan menjadi masalah utama yang dihadapi oleh ibu bapa. Ramai yang mengakui masalah kewangan telah mencuri masa mereka bersama anak-anak. Cabaran teknologi seperti kewujudan kafe siber memberi ruang kepada anak-anak untuk membuang masa. Seterusnya pengaruh rakan sebaya amat membimbangkan para ibu bapa. Walau bagaimanapun mendidik anak adalah satu usaha yang berterusan, ibu bapa perlu gigih dan tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan ini.

 

6. Nasihat Pak Bidan untuk wanita

nasihat pak bidan

Pengarang  :  Prof Dr. Hamid Arshat             

Imprint         :  Petaling Jaya  : Galeri Ilmu Sdn Bhd. , 2018

Muka surat  :  162 ms 

Sinopsis :

Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul. Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu.

 

7. Nota hati seorang lelaki

nota hati seorang lelaki

Pengarang : Pahrol Mohamad Juoi      

Imprint       : Shah Alam :  Grup Buku Karangkraf , 2017

Muka surat : 289 ms.

Sinopsis :

‘Nota Hati Seorang Lelaki' adalah gugusan kisah benar yang dirasai sendiri oleh penulis sepanjang kembara kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah. Catatan-catatan ini adalah suara hati anda sendiri yang cuba disampaikan bagi pihak anda. Yakni, suara ‘hati kecil' kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh ‘hati besar' kita yang ego, bangga dan alpa.

Cuaca Rumah Tangga

“Bila kepahitan berlalu, manis pun datang. Kita pun berbulan madu. Kemudian, pahit datang lagi. Bulan madu berakhir seketika. Kemudian manis datang lagi, bulan madu pun berulang lagi... Begitulah seterusnya mengikut cuaca rumah tangga.”

Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan!

“Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah lepas tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka. Macam kita memandu kereta, tiba-tiba kita lepas stereng. Bayangkan!”

Jadilah Seorang Raja

Seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, “Siapa kamu?”

“Saya raja,” jawab petani.

“Raja?” ujar raja itu kehairanan.

“Ya, raja pada diri saya sendiri!”

 

8. Tuhan sedang menguji kita

Tuhan sedang menguji kita

Pengarang : Ustaz Kazim Elias   

Imprint       : Shah Alam : Grup Buku Karangkarf  , 2012  

Muka surat :  371 ms

Sinopsis :

Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati kita masih terleka. KIta tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi...

 

9. Ulam kasih sambal cinta

Ulam Kasih sambal cinta

Pengarang :  Norazlina Nordin           

Imprint       :  Shah Alam :  Grup Buku Karangkarf  , 2015

Muka surat :  545 ms   

Sinopsis :

Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi...perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

 

10. Undang-undang tanah : lesen pendudukan sementara dan permit

undang undang tanah

Pengarang : Abdul Aziz Hussin               

Imprint : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ,  2015

Muka surat :  120 ms 

Sinopsis :

Buku ini membincangkan secara khusus tiga aspek penting dalam undang-undang tanah, iaitu lesen pendudukan sementara, permit mengambil , mengalih dan mengangkut batu-batu serta permit menggunakan ruang udara. Selain itu, buku ini turut membicarakan aspek-aspek yang berkaitan pentadbiran tanah. Sebagai buku edisi kedua, buku ini masih mengekalkan gaya persembahan penulisan sebuah buku undang-undang yang dipermudah dari segi gaya persembahannya dan masih sesuai sebagai bacaan umum. Beberapa penambahbaikan telah dibuat dengan memasukkan maklumat-maklumat terkini terutamanya tentang keputusan-keputusan kes mahkamah terbaharu yang berkaitan lesen pendudukan sementara dan permit.

Mobile Menu