inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

Pejabat Pendaftar

Pengenalan

Selamat Datang ke Pejabat Pendaftar

Secara umumnya, Pejabat Pendaftar terdiri daripada Unit-unit Khidmat Sokongan iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Perolehan dan Kontrak, Unit Khidmat IT, Unit Pengurusan Harta dan Fasiliti, Unit Penerbitan dan Media, Unit Pengurusan Domestik, Unit Perpustakaan, Unit Keselamatan dan Seksyen Korporat dan Perhubungan Awam. Unit-unit Khidmat Sokongan ini menjadi tunjang dalam menyokong semua program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat/Unit perkhidmatan teras (core business) INSPEN.

Objektif Pejabat Pendaftar

  1. Melaksanakan tadbir urus yang cemerlang dalam pentadbiran, kewangan dan perolehan mengikut tatacara dan pekeliling yang telah ditetapkan;
  2. Menyediakan dan menyelenggara prasarana dan kemudahan fasiliti yang baik dan berkualiti;
  3. Memberikan perkhidmatan kemudahan ICT yang kompenten dengan arus semasa;
  4. Menyediakan kemudahan penginapan dan kemudahan ruang dewan selera makan untuk peserta kursus;
  5. Memberi perkhidmatan penerbitan, pencetakan, multimedia dan bantuan alat pandang dengar kepada pelanggan;
  6. Memberi khidmat nasihat dalam urusan keselamatan jabatan meliputi keselamatan fizikal dan juga dokumen;
  7. Menguruskan urusan pengurusan sumber manusia untuk semua kakitangan di INSPEN; dan
  8. Menyediakan bahan rujukan dan bacaan yang memenuhi keperluan pelajar, peserta kursus dan kakitangan INSPEN.
Kata Aluan Pendaftar

 Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Unit-unit Khidmat Sokongan merupakan salah satu cabang penting dalam organisasi Institut Penilaian Negara (INSPEN). Ditubuhkan pada tahun 2006 sebagai Bahagian Pengurusan yang diketuai oleh Pegawai Penilaian Gred W48 sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) dengan tujuan untuk menggabungkan semua Unit-unit Khidmat Sokongan di bawah satu Bahagian. Sebelum pewujudan Bahagian Pengurusan, kesemua Unit Khidmat Sokongan adalah di bawah Pengarah INSPEN.

Bahagian Pengurusan bertindak untuk membantu, melancarkan dan menyokong segala aktiviti teras (core business) INSPEN dari segi urusan pentadbiran, kewangan, perolehan, sumber manusia, teknologi maklumat, domestik, pengurusan harta dan fasiliti, penerbitan dan media, perpustakaan serta keselamatan.

Pada tahun 2016, melalui penstrukturan semula INSPEN, Bahagian Pengurusan telah diperkemaskan dan dijenamakan semula kepada Pejabat Pendaftar yang diketuai oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48.

Unit-unit di bawah Pejabat Pendaftar sentiasa komited memberikan perkhidmatan sokongan yang cekap, teratur dan berkesan dalam membantu INSPEN untuk menjadi sebuah pusat latihan, penyelidikan, dan pendidikan yang terunggul dalam bidang harta tanah.

Nor Anira Mohd Noh 
Pendaftar
Institut Penilaian Negara (INSPEN)

Struktur Organisasi