inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

Pembangunan Penyelidikan Kepakaran

Kata Aluan Ketua Pembangunan Penyelidikan dan Kepakaran

Kata-kata Aluan Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Institut Penilaian Negara (INSPEN) mula ditubuhkan pada tahun 1985. Tiga teras utama aktiviti di bawah INSPEN yang ditempatkan di bawah penyeliaan Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran adalah Pusat Pembangunan Professional, Pusat Penyelidikan dan Inovasi dan Pusat Akademik.

Pusat Pembangunan Professional yang pada asalnya dikenali sebagai Pusat Latihan mula diwujudkan seiring dengan penubuhan INSPEN yang berfungsi dalam menyediakan program latihan khasnya kepada warga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan juga kepada industri harta tanah di peringkat negara dan antarabangsa.

Pusat Penyelidikan dan Inovasi yang juga diwujudkan seiring dengan penubuhan INSPEN,   pada asalnya hanya berfungsi untuk menjalankan aktiviti penyelidikan untuk kegunaan dalaman jabatan dan juga peringkat nasional dan informasi harta tanah telah diperluaskan skopnya kepada perundingan dan pembangunan produk pada tahun 2000 dan pengagihan dana penyelidikan harta tanah di bawah NAPREC pada tahun 2002.

Pusat Akademik ataupun pada asalnya Pusat Pendidikan pula mula diwujudkan pada September 2004 bagi menampung perkembangan fungsi pendidikan. Pada masa sekarang terdapat tiga program yang dijalankan oleh Pusat Akademik iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA).

Maka amatlah diharapkan INSPEN terus cemerlang seiring dengan visi INSPEN ‘untuk menjadi pusat latihan, penyelidikan, dan pendidikan yang terunggul dalam bidang harta tanah’.

Selamat melayari laman web INSPEN.

Sertailah aktiviti latihan, penyelidikan  dan pendidikan tinggi kami.

Sr Rosliza binti Ramli 
Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Kementerian Kewangan Malaysia
Tel. (Pejabat) : 03-8911 8900

Struktur Organisasi