inspen 1

Laman Web Rasmi

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Kerja Keras, Kerja Cerdas, Kerja Ikhlas, JPPH 1st Class

Penyelidikan dan Inovasi

Pengenalan

Penyelidikan dan Inovasi

Program Penyelidikan dan Inovasi diwujudkan pada tahun 1985 seiring dengan penubuhan INSPEN, yang merupakan sebuah institut latihan dan penyelidikan bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Di awal penubuhannya, program ini terdiri dari Unit Penyelidikan dan Unit Informasi Harta Tanah. Unit Penyelidikan lebih tertumpu kepada penyelidikan di peringkat nasional dan menghasilkan penyelidikan yang lebih tertumpu kepada kegunaan dalaman jabatan. Manakala Unit Informasi Harta Tanah adalah khusus kepada penyediaan Laporan Pasaran Harta Tanah, yang diterbitkan setiap tahun.

Apabila NAPIC ditubuhkan pada tahun 1999, Unit Informasi Harta Tanah di INSPEN telah dimansuhkan dan berikutan dari itu, Unit Perundingan dan Pembangunan Produk telah diwujudkan. Fungsi utama unit ini adalah untuk memberi perkhidmatan perundingan  dalam bidang penyelidikan dan latihan kepada agensi luar, yang mana fee perundingan dikenakan kepada agensi pemohon. Unit ini juga bertanggungjawab dalam menerbitkan bahan-bahan berkaitan penyelidikan samada untuk edaran dalaman mahupun jualan.

Pada tahun 2002, INSPEN telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Kewangan untuk bertindak sebagai penyelaras dalam mengagih dana bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang harta tanah. Dana yang dikenali sebagai NAPREC ini adalah untuk disalurkan kepada organisasi yang telah dikenalpasti untuk menjalankan projek penyelidikan yang khusus dalam bidang harta tanah. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Unit NAPREC telah diwujudkan dan fungsi utama unit ini adalah untuk mengurus, memantau dan mengagihkan dana penyelidikan kepada penyelidik yang menjalankan penyelidikan dalam bidang berkaitan.

Justeru dengan perkembangan tersebut, Program Penyelidikan dan Pembangunan Harta Tanah kini meliputi;

  • Pusat Penyelidikan dan Analisis Data
  • Pusat Perundingan dan Pembangunan Produk
  • Pusat NAPREC

 

  • Penyelidikan & Analisis Data

Objektif Pusat Penyelidikan dan Analisis Data

  1. Menjalankan penyelidikan dalam bidang harta tanah bagi meningkatkan kewibawaan dan professionalisma jabatan.
  2. Menjadi sebuah pusat rujukan penyelidikan Jabatan dan industri harta tanah.
  3. Memberi khidmat analisis data bagi INSPEN dan data Jabatan.

 

  • Pusat Perundingan dan Pembangunan Produk

Objektif Pusat Perundingan dan Pembangunan Produk

Pusat ini memberi perkhidmatan perundingan dan pembangunan produk bagi meningkatkan daya saing INSPEN di peringkat negara dan antarabangsa.

 

  • Pusat NAPREC

Objektif Pusat NAPREC

INSPEN telah diamanahkan sebagai penyelaras dalam mengurus dan mengagihkan dana penyelidikan yang diluluskan oleh kerajaan di setiap Rancangan Malaysia. Objektif utamanya dalah mengurus pengagihan dana penyelidikan dalam bidang harta tanah kepada organisasi penyelidikan harta tanah.

3.4  Fungsi Utama

3.4.1  Pusat Penyelidikan dan Analisis Data

 

  1. Menjalankan aktiviti penyelidikan berkaitan dengan industri harta tanah.
  2. Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dijalankan di cawangan JPPH.
  3. Mengwujud dan membangunkan Research Intern (RI) JPPH.

 

3.4.2  Pusat Perundingan dan Pembangunan Produk

  1. Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta kepada pelanggan dalaman dan luaran
  2. Menerbitkan hasil penyelidikan dan menyebarkan maklumat harta tanah kepada para professional dalam industri harta tanah dan awam yang berkepentingan

3.4.3  Pusat NAPREC

  1. Memperkenalkan projek-projek penyelidikan dalam industri harta tanah yang penting di peringkat nasional
  2. Mempromosikan penyelidikan yang melibatkan bidang-bidang yang diperlukan di dalam industri harta tanah negara.
  3. Menggalakkan usaha-usaha penyelidikan bersama dengan intitusi -institusi penyelidikan lain
  4. Memperluaskan rangkaian penyelidikan dan pembangunan antara sektor awam dan sektor swasta dan
  5. Mempertingkatkan tahap kompetitif negara di peringkat global melalui pengantarabangsaan penyelidikan harta tanah.
Kata Aluan Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi

Selamat datang ke laman web Pusat Penyelidikan dan Inovasi.

Tiga fungsi utama Pusat Penyelidikan dan Inovasi iaitu Unit Penyelidikan , Unit Perundingan dan Inovasi dan Unit NAPREC.

Penyelidikan memainkan peranan utama bagi sesebuah organisasi yang berhasrat untuk memartabatkan pencapaian di peringkat antarabangsa.

Malah kepentingan penyelidikan telah dijadikan objektif utama Pelan Strategik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Penyelidikan akademik telah diterima oleh penggiat industri dengan pembahagian dana NAPREC. Penyelidikan NAPREC menjurus kepada pengkomersilan pem hasil penyelidikan tersebut sebanyak RM 4.8 juta telah di peruntukan untuk dana NAPREC bagi memastikan penyelidikan industri hartanah setanding dengan penyelidikan industri lain.

Dalam era teknologi yang semakin berkembang permintaan penyelidikan dalaman JPPH juga telah mendapat permintaan yang tinggi samada bagi menyelesaikan permasalahan dalaman juga untuk pembentangan di peringkat antarabangsa.

Sehubungan dengan itu INSPEN telah berusaha untuk mengembangkan pakar-pakar penyelidikan di seluruh JPPH dengan penambahan bilangan penyelidik intern (RI) dari cawangan JPPH di seluruh Malaysia.

Unit Perundingan dan inovasi pula telah mengorak langkah bukan sahaja perundingan harta tanah dalam negara malah turut menjangkau ke luar negara seperti Arab Saudi dan Indonesia. Perundingan telah mendapat pengiktirafan seantero dunia dengan bukti-bukti permohonan khidmat ini semakin bertambah dari masa kesemasa.

Hasrat saya untuk melihat kesinambungan tiga unit ini menjadi cabang INSPEN yang dapat memberikan perkhidmatan penyelidikan, dana penyelidikan dan khidmat perundingan yang berkesan dan terbaik demi kebaikan industri harta tanah Malaysia.

Dr. Rohana Abdul Rahman 
Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Struktur Organisasi
Penyelidikan dan Analisis Data

Unit penyelidikan menawarkan perkhidmatan penyelidikan mengikut keperluan Jabatan dalam pelbagai bidang seperti:

  • Penilaian
  • Pelaburan Harta Tanah
  • Konsep-konsep Harta Tanah
  • IT Dalam Harta Tanah
  • Pembangunan Harta Tanah
  • Pasaran Harta
  • Pengambilan Tanah
  • Kos Binaan Bangunan
  • Pengurusan

Kertas penyelidikan INSPEN.

Kertas-kertas penyelidikan yang dihasilkan hanyalah untuk edaran dalaman sahaja.
Unit Perundingan dan Inovasi

Unit Perundingan dan Inovasi memberikan khidmat perundingan kepada organisasi luar dalam bidang-bidang berikut:-

Latihan

  • Memberikan perkhidmatan perundingan di dalam mereka bentuk modul dan kurikulum latihan.
  • Mengendalikan kursus mengikut keperluan pelanggan dalam bidang-bidang penilaian, pelaburan harta tanah, IT di dalam harta tanah, pembangunan harta tanah dan pasaran harta.
  • Menjalankan analisis keperluan latihan dan program penilaian latihan.
  • Menjalankan pengukuran kepuasan pelanggan.

Mengantarabangsakan Perkhidmatan Kepakaran

  • Menawarkan khidmat kepakaran di dalam bidang yang berkaitan dengan penilaian dan pengurusan harta tanah.

Program

  • Bidang berkaitan :-
    • Pendidikan
    • Penyelidikan
    • Loji dan Jentera
  • Latihan Teknikal
  • Lawatan kerja

Perkhidmatan perundingan yang diberikan oleh Unit Perundingan dan Pembangunan Produk:

Dalam negara:

  • Kursus Perundangan & Penilaian Harta Tanah untuk Amanah Raya Berhad (Disember 2013 & Februari, Mac 2014)
  • Seminar Isu Dan Cabaran Dalam Pengambilan Tanah untuk Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) (Oktober 2012)
  • Kursus Pengenalan Dan Perlaksanaan Akta 118, Akta 318 & Akta 663 untuk Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (Julai 2012)
  • Property Outlook & Introduction to Real Estate Valuation untuk Bank Muamalat (March 2012)
  • Kajian Status Pemilikan Bangunan Pejabat Binaan Khas dan Kompleks Perniagaan untuk Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) (August 2010)
  • Kursus Penilaian Loji dan Jentera untuk SME Bank ( Februari 2009)
  • Kursus Perundangan Tanah untuk Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Selangor (Disember 2005)
  • Bengkel Pengubalan PTK untuk Pihak Berkuasa Tempatan (Julai 2005)
  • Kursus Lanjutan Pembantu Penilaian Untuk Pihak Berkuasa Tempatan (Mei 2005)

Luar negara:

  • Training Programme: Basic to Real EstateValuation untuk Directorate of Town Planning and Survey Government of Sharjah, United Arab Emirates (17 April -14 Jun 2006)
  • Training Programme: Real Estate Valuation: Principles and Practice untuk Directorate of Town Planning and Survey Government of Sharjah United Arab Emirates ( 15 April – 2 Julai 2006)
Unit NAPREC

Sejak Tahun 2002 , INSPEN adalah Koodinator Kebangsaan dalam penyelidikan harta tanah dan dikenali sebagai National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). Sebagai Koordinator, kami menyelaraskan dan mengurus dana untuk menjalankan penyelidikan harta tanah.

Objektif Dana NAPREC

  • Untuk mempromosi projek penyelidikan harta tanah di peringkat kebangsaan.
  • Untuk mempromosi penyelidikan harta tanah yang dapat memenuhi keperluan industri tanah Malaysia.
  • Untuk menggalak usaha untuk menjalankan penyelidikan harta tanah di kalangan penyelidikan di institut/organisasi.
  • Untuk membina rangkaian penyelidikan antara sektor awam dan swasta.
  • Untuk menambah baik persaingan melalui globalisasi dalam penyelidikan bidang harta tanah.

IKLAN : DANA PENYELIDIKAN NAPREC RMKe-11 2019

PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN (NATIONAL REAL ESTATE RESEARCH COORDINATOR, NAPREC), DI BAWAH RMKe-11

Institut Penilaian Negara (INSPEN) mempelawa para penyelidik dari seluruh negara untuk mengemukakan Cadangan Penyelidikan dalam bidang Harta Tanah bagi mendapatkan dana National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). Dana tersebut adalah di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Permohonan juga adalah terbuka untuk penyelidikan berskala kecil iaitu dalam lingkungan RM50,000 dan tempoh masa untuk menyiapkan projek penyelidikan adalah satu tahun. Keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang memberi impak kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Keterangan lanjut, sila hubungi:

Sr Siti Rosemawar Mohd Sahi (03-8911 8709) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Puan Nazatul Najahah Binti Md Sharif (03-8911 8629) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Klik sini untuk ke Senarai Projek NAPREC yang telah siap