header MY040719  

 

MAJLIS MALAM APRESIASI PELAJAR INSPEN 2023

3 Februari 2023 – Pusat Akademik telah menganjurkan Majlis Malam Apresiasi Pelajar INSPEN 2022 yang telah berlangsung di Dewan Jubli, INSPEN. Majlis yang bertemakan Back To Retro itu turut dihadiri Sr Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran dengan diiringi Puan Fadzilah Binti Abd Hamid, Ketua Pusat Pembangunan Profesional dan Sr Nur Sharlizan binti Mohd Rapi’ain, Ketua Pusat Akademik.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan pelajar-pelajar INSPEN yang bakal menamatkan sesi pembelajaran mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang lebih mencabar melalui penempatan Latihan Industri (LI) di seluruh Malaysia. Dengan pendedahan bidang kerja yang lebih jelas dan nyata, secara langsung dapat memastikan pelajar-pelajar INSPEN lebih bersedia dengan pengalaman dan ilmu yang bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.