header MY040719  

 

PENYERAHAN NASKHAH IKHLAS LAPORAN PENYEILDIKAN TAJAAN DAN PENYELIDIKAN NAPREC

9 Februari 2023 – Empat (4) buah laporan penyelidikan yang ditaja melalui Geran Penyelidikan National Property Research Coordinator (NAPREC) telah diserahkan kepada pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Putrajaya yang merupakan salah satu pemegang taruh kepada penyelidikan yang dihasilkan. Laporan penyelidikan yang telah diterima oleh Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, En Jaiya Bin Abu adalah seperti berikut:

i. Mekanisme Urusniaga       Pajakan       Persendirian Bangunan Berstrata di Malaysia. (Dr. Ainur Zaireen Binti Zainudin) (UTM)

ii. Alternatif Pembangunan Tanah Terbiar Melalui Pengenaan Cukai. (Dr. Norhidayah Binti Md. Yunus) (UTM)

iii. Administration Of Joint Tenancy on Real Property and Its Impact Under the Law of Succession in Malaysia. (Dr. Azhani Arshad) (UiTM)

iv. Legal Issues of Private Lease Scheme in Residential Building Under Stratified Properties. (Prof Madya Dr. Ruzita Azmi) (UUM)

Pihak JKPTG turut menyumbangkan buku yang terhasil melalui kerjasama antara JKPTG dengan JAKIM yang bertajuk:

i. 40 Hadis Berkaitan Pentadbiran Dan Pengurusan Tanah Di Malaysia

ii. Koleksi Hadis Rasulullah S.A.W berkaitan Pentadbiran & Pengurusan Tanah

Dalam pertemuan itu juga turut dibincangkan berkenaan ruang dan peluang yang boleh disediakan oleh pihak JKPTG agar hasil penyelidikan NAPREC dapat dikongsi di mana-mana platform atau program anjuran JKPTG. Aktiviti ini bertujuan bagi memastikan hebahan hasil penyelidikan yang lebih meluas dan efektif dapat dilaksanakan.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.