header MY040719  

 

KEJOHANAN SUKAN ANTARA INSITUT PENYELIDIKAN (JEMPUTAN) BAGI TAHUN 2023

18 Mac 2023, Sabtu - Institut Kesihatan Negara (NIH) telah menganjurkan Kejohanan Sukan Antara Institut Penyelidikan (Jemputan) bagi Tahun 2023 bertempat di Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Penganjuran tersebut telah disertai oleh INSPEN yang telah hantar pasukan bagi kategori Futsal (Lelaki), Bola Jaring (Wanita) dan Bola Tampar (Lelaki dan Perempuan).

Kejohanan Antara Institut Penyelidikan bagi Tahun 2023 ini telah disertai oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring Wanita INSPEN kerana telah mendapat Naib Johan dalam kejohanan tersebut yang buat julung kali diadakan. Syabas diucapakan kepada semua peserta yang telah memberikan semangat juang dalam kejohanan ini.

Kembali Ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.