header MY040719  

 

Kunjungan Hormat Dari Institut Perakaunan Negara Ke Perpustakaan INSPEN

3 Mac 2023, Jumaat - Institut Perakaunan Negara telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penilaian Negara (INSPEN) serta mengadakan lawatan ke Perpustakaan INSPEN.

Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Puan Zainun binti Kadir, Pendaftar Institut Perakaunan Negara turut bersama beberapa pegawai dari IPN. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pendaftar INSPEN, Cik Noranira binti Mohd Noh bersama Ketua Seksyen Korporat dan Perhubungan Awam, Puan Syazwana binti Mohamad Sodikin dan Ketua Unit Perpustakaan, Puan Suriati binti Abd Hamid.

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan yang sudah terjalin selain mengadakan lawatan ke Perpustakaan INSPEN.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.