header MY040719  

 

KUNJUNGAN HORMAT DARI INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)

11 Mei 2023 - Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penilaian Negara (INSPEN). Delegasi INSTUN telah disambut mesra oleh Pn. Fadzilah Abd Hamid, Ketua Pusat Pembangunan Profesional, Sr Mohd Arif bin Mat Hassan, Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Cik Nor Anira binti Mohd Noh bersama barisan pengurusan INSPEN.

Delegasi INSTUN telah dihadiri oleh Encik Zulhasmi bin Mohamad, Ketua Bahagian INSTUN, Puan Nor Rahayu Binti Ibrahim, Ketua Program Pembangunan Profesional, Encik Rosdi Bin Mohd Yaacob, Ketua Program Pembangunan Kompetensi, Encik Nasrul Izani Bin Ramli, Ketua Program Latihan Perundangan Tanah dan Encik Ahmad Kamal Ihsan Bin Anuar, Penolong Pendaftar (Kewangan).

Tujuan kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan proses dan pelaksanaan kajian serta pelantikan perunding. Selain itu, kedua-dua belah pihak turut bertukar pandangan dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh kedua agensi pada masa akan datang.

Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih kepada pihak INSTUN kerana sudi datang ke INSPEN.

 

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.