header MY040719  

 

KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA INVESTMENT DEVELOPMENT AUTHORITY (MIDA)

22 Mei 2023 - Kunjungan hormat dan sesi perbincangan telah diadakan di Kuala Lumpur antara pihak MIDA dan INSPEN yang diketuai oleh Sr Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Ketua Pembangunan Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN. Delegasi INSPEN telah disambut oleh Encik Sivasuriyamoorthy Sundara Raja selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penggalakkan dan Fasilitasi Pelaburan MIDA.

Intipati perbincangan adalah berkaitan projek penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penerima Geran NAPREC dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bertajuk "Impak Pelaburan Langsung Asing (FDI) terhadap pasaran harta tanah di Malaysia". INSPEN berharap semoga kajian penyelidikan ini dapat berjalan lancar dengan adanya sokongan dari Pihak MIDA.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.