header MY040719  

 

KUNJUNGAN HORMAR DARI INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA) KE ASRAMA INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)

13 Julai 2023 – Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah menerima kunjungan hormat dari Institut Kemajuan Desa (INFRA). Delegasi tersebut telah diketuai oleh Encik Muhammad Razif bin Ruba'ai, Ketua Penolong Pengarah bersama para pegawai dan kakitangan INFRA. Cik Nor Anira binti Mohd Noh, Pendaftar INSPEN bersama barisan pengurusan INSPEN telah mengendalikan kunjungan hormat ini.

Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk melihat penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pihak INFRA dalam sistem pengurusan asrama mereka, selain bertukar-tukar pendapat dan idea sesama Institut Latihan Awam (ILA). Delegasi ini turut dibawa melawat ke asrama INSPEN. Lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak serta memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama pada masa akan datang.

Kembali Ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.