header MY040719  

 

GRADUAN SPHT INSPEN, CHARLIE DAVIDSON ANAK JITEM MELANJUTKAN PENGAJIAN KE QUEENSLAND UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, AUSTRALIA

22 Julai 2023 – Charlie Davidson Anak Jitem, graduan Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) INSPEN telah mengorak langkah menaik taraf pencapaian akademik beliau dalam bidang harta tanah melalui jurusan Bachelor of Property Economics, Queensland University of Technology (QUT), Australia.

Beliau bakal menamatkan pengajian ijazahnya dalam tempoh masa kurang 2.5 tahun sahaja lagi. Ini merupakan hasil usaha sama pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara INSPEN, JPPH bersama pihak QUT bagi melayakkan pemindahan terus ke tahun dua (2) Bachelor of Property Economics di sana.

Charlie merupakan penerima Anugerah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Majlis Konvokesyen INSPEN ke-17 yang telah berlangsung pada 22 November 2022 yang lalu. INSPEN mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Charlie Davidson Anak Jitem. Semoga terus bersinar dan menjadi sumber inspirasi kepada mereka di luar sana yang berminat dengan bidang harta tanah serta ingin melanjutkan pengajian di luar negara

Kembali Ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.