header MY040719  

 

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLPSB) IN HOUSE TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 

9 November 2023 - Majlis Penyerahan Surat Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLPSB) In-House Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam kepada 15 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Dewan Nusantara INSPEN.

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Sr Rosni Nawati Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN, barisan delegasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh YBrs. Profesor Sr Dr. Kherun Nita Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Encik Mohd Feisal Hafiz Abdul Aziz.

Pihak INSPEN mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap agar semua penerima dapat meneruskan usaha bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Please publish modules in offcanvas position.