header MY040719  

 

KUNJUNGAN HORMAT WESTERN SYDNEY UNIVERSITY (WSU) KE INSTITUT PENILAIAN NEGARA 

14 November 2023 - INSPEN telah menerima kunjungan hormat daripada Western Sydney University (WSU) yang telah diwakili oleh Profesor Amir Mahmood selaku Dekan Fakulti Perniagaan, WSU, Australia.

Kunjungan hormat ini merupakan kesinambungan daripada jalinan kerjasama yang telah terbentuk antara pihak JPPH dan WSU menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah berlangsung di antara kedua pihak pada 28 September 2023 yang lalu di Parramatta South Campus (PCC), Sydney, New South Wales, Australia.

Dalam kunjungan ini, Profesor Amir Mahmood telah diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN berkenaan fungsi dan peranan INSPEN, bidang pengajian serta kemudahan fasiliti yang terdapat di INSPEN. Beliau turut dibawa melawat ke sekitar kawasan INSPEN.

Turut hadir pada sesi ini ialah Puan Yusdira Yusof, Ketua Pembangunan Penyelidikan dan Kepakaran bersama barisan pengurusan dan kakitangan INSPEN yang lain.

Please publish modules in offcanvas position.