header MY040719  

 

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) DENGAN QUEENSLAND UNIVERSITY OF TECHNOLOGY (QUT)

16 November 2023 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan Queensland University of Technology (QUT) telah berlangsung di INSPEN.

YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah menandatangani bagi pihak JPPH manakala YBrs. Profesor Cameron Newton, Timbalan Dekan, Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang bagi pihak QUT.

Pemeteraian MoU ini telah disaksikan oleh YBrs. Rosni Nawati Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) dan Encik Daniel Chin, Pengurus Serantau (Asia Tenggara), QUT.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik),    YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN, Pengarah-Pengarah Bahagian JPPH dan barisan pengurusan INSPEN.

Semoga dengan wujudnya pemeteraian ini, jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua belah pihak dapat diperkukuhkan lagi pada masa akan datang.

Please publish modules in offcanvas position.