header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

KEM JATI DIRI PELAJAR INSPEN
 

18 - 20 Januari 2024 - Unit Hal Ehwal Pelajar, Pusat Akademik INSPEN telah menganjurkan program Kem Jati Diri Pelajar INSPEN yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, Selangor.

Program ini merupakan program latihan dan motivasi untuk pelajar INSPEN yang melibatkan seramai 48 orang terdiri daripada pelajar Sesi 2023/2024 bagi program Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) Mod Perdana.

Objektif utama program ini adalah untuk membentuk jati diri dan mental yang teguh dalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih efektif. Di samping melahirkan pelajar yang berkualiti, berkeyakinan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta membina disiplin diri yang lebih baik bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berketrampilan sebagai pemimpin pada masa hadapan.

Pelbagai modul dan program menarik yang telah dilaksanakan antaranya ialah Modul Anda dan Pencipta, Anda dan Komunikasi, Anda dan Diri Sendiri serta pelbagai aktiviti fizikal seperti Flying Fox, rakit berkumpulan, Ping Ball dan Orienteering.

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat yang baik kepada semua pelajar yang terlibat serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka.