header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUSI GEOMATIK BRUNEI KE INSTITUT PENILAIAN NEGARA

7 Mac 2024 – Institusi Geomatik Brunei (BIG) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Delegasi dari Brunei diwakili oleh Tuan Haji Mohd Don Haji Omar dan Tuan Haji Bustaman Haji Abang. Turut serta ialah Profesor Madya Sr Dr. Rosli Said dari Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.

Dalam kunjungan hormat ini, YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN telah menyantuni delegasi dan memberikan taklimat ringkas berkenaan fungsi, tanggungjawab dan peranan INSPEN, program latihan serta kursus yang ditawarkan di INSPEN termasuk fasiliti dan kemudahan yang terdapat di INSPEN. Turut hadir pada sesi ini ialah barisan pengurusan INSPEN.

Diharapkan kunjungan hormat ini dapat menjadi titik permulaan pembentukan jalinan kerjasama antara pihak INSPEN dengan pihak BIG dan Brunei BOVEA dalam bidang harta tanah selain bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak.