header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

KUNJUNGAN HORMAT MALDIVES INLAND REVENUE AUTHORITY (MIRA) KE INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)

24 Januari 2024 - INSPEN telah menerima kunjungan hormat daripada Maldives Inland Revenue Authority (MIRA) bertempat di Bilik Persidangan, INSPEN.

Delegasi dari MIRA telah diwakili oleh Ms. Asma Shafeeu, Timbalan Pesuruhjaya Jeneral Percukaian, Mr. Mohamed Najiz, Ketua Pegawai Teknologi, Ms. Nafa Waheed, Timbalan Ketua Pengarah, Audit Pengantara Pembayar Cukai, Ms. Mariyam Nazima Ibrahim, Timbalan Pengurus, Pembangunan Sumber Manusia dan Ms. Mariyam Ibha Jaleel, Timbalan Pengurus, Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa.

Pihak MIRA telah diberikan taklimat oleh pihak INSPEN yang diketuai oleh YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN berkenaan fungsi dan peranan INSPEN, program latihan yang ditawarkan di INSPEN serta kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua pihak dalam bidang penilaian harta tanah khasnya. Turut hadir pada sesi ini ialah Sr Rosliza binti Ramli, Pengarah Bahagian Penswastaan dan Pelaburan Strategik bersama barisan pengurusan INSPEN.

Diharapkan kunjungan hormat ini bukan sahaja dapat mewujudkan satu jalinan kerjasama yang erat antara pihak MIRA dan INSPEN tetapi juga sebagai satu medium terbaik untuk kedua-dua belah pihak berkongsi kemahiran dan ilmu dalam bidang harta tanah.