header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

PERHIMPUNAN BULANAN INSPEN BIL. 1/2024

22 Januari 2024 – “Usaha secara bersama sebagai sebuah keluarga untuk menjaga dan menaikkan lagi nama INSPEN.”

Itu antara amanat yang disampaikan oleh YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN ketika perhimpunan bulanan INSPEN yang telah dihadiri kira-kira 100 kakitangan INSPEN di Dewan Nusantara, INSPEN.

Dalam pada itu, Pengarah INSPEN turut berpesan kepada semua warga INSPEN untuk menunjukkan contoh teladan dan sikap yang baik, bukan sahaja kepada kakitangan INSPEN tetapi juga kepada pihak luar yang datang ke INSPEN atas pelbagai urusan.

Selain menyampaikan amanat dan pesanan, buat julung kalinya juga telah diadakan sesi soal jawab antara warga INSPEN dengan barisan pengurusan INSPEN. Pada sesi ini, semua warga INSPEN telah diberikan peluang dan ruang untuk bertanyakan soalan, berkongsi pendapat dan cadangan bagi menambah baik lagi perkhidmatan INSPEN secara menyeluruh.