header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

PERHIMPUNAN BULANAN INSPEN BIL. 2/2024

6 Mac 2024 - “Mematuhi Ikrar Aku Janji Penjawat Awam iaitu untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertangunggjawab.”

Demikian pesanan yang disampaikan oleh YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN ketika Perhimpunan Bulanan INSPEN kali ke-2 yang telah diadakan di Dewan Nusantara, INSPEN.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada warga INSPEN untuk tidak menggunakan kedudukan dan jawatan yang dimiliki bagi faedah diri sendiri serta menjaga nama baik Jabatan dan perkhidmatan awam khususnya.

Pada majlis ini, buat julung-julung kalinya juga turut diadakan sambutan hari lahir kakitangan INSPEN bagi bulan Januari hingga Mac 2024 yang membabitkan seramai 43 orang kakitangan.

Pihak INSPEN juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada dua (2) orang kakitangan yang akan bersara iaitu Encik Ab Manap Ab Rahim dan Encik Jamaludin Abdul Ghany. Pihak INSPEN mengucapkan terima kasih di atas jasa baik dan sumbang bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di INSPEN dan selamat maju jaya.