header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

PAMERAN DAN SARINGAN SUKARELA HIV/AIDS

23 Februari 2024 – Pejabat Kesihatan Daerah Sepang, Selangor dengan Kerjasama INSPEN telah mengans saringan sukarela HIV/AIDS bertempat di Seroja Lounge, INSPEN.

Selain memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada warga INSPEN mengenai penyakit HIV dan AIDS, program ini juga bertujuan untuk menangkis stigma negatif dan mengubah persepsi kurang tepat masyarakat terhadap penyakit HIV dan AIDS.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya saringan HIV dan AIDS, taklimat dan penerangan serta pameran daripada petugas kesihatan yang terlibat.