LAWATAN TAPAK PEMBINAAN SATU BLOK TAMBAHAN DI INSPEN
10 Februari 2023 - YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah mengadakan lawatan tapak ke satu blok tambahan baharu di INSPEN.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran, INSPEN serta diiringi oleh wakil dari Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Sepang, pihak konsultan dan kontraktor yang terlibat dengan projek ini.
Tujuan lawatan tapak ini diadakan bagi melihat tahap kemajuan dan keadaan terkini projek pembinaan blok tambahan baharu tersebut serta memberikan pandangan berkaitan penambahbaikan bagi memastikan projek ini berjalan mengikut kerangka masa dan spesifikasi yang telah ditetapkan.