header EN040719

 

 

MAJLIS PENYERAHAN MOCKUP CHEQUE GERAN NAPREC OLEH YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN

19 Mei 2023 – YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kewangan 1 (TMK 1) telah menghadiri Majlis Penyerahan Mockup Cheque Geran NAPREC di Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Kehadiran beliau telah disambut oleh YBrs. Sr Rosni Nawati binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Sr Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) serta pengurusan tertinggi INSPEN.

Di dalam majlis tersebut, YB Datuk Seri TMK 1 telah mengucapkan tahniah kepada penerima Geran NAPREC bagi projek penyelidikan harta tanah negara. Beliau percaya dengan projek penyelidikan yang terpilih ini mempunyai potensi yang besar untuk memberikan sumbangan kepada perkembangan landskap harta tanah negara.


Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri TMK 1 kerana sudi hadir ke INSPEN dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Mockup Cheque Geran NAPREC.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.