PROGRAM PSIKOLOGI: BANGKIT DAN BUKA MATAMU
Program Psikologi kali ini telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada 8 Jun 2023 yang lepad. Lawatan sambil belajar ini yang disertai oleh 45 orang pelajar INSPEN ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep kehidupan di kampus pengajian tinggi serta membantu pelajar dalam meningkatkan motivasi untuk terus bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka. Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi Kanan dari bahagian kaunseling UPM iaitu En.Muhammad Zaim bin Rosli.