header EN040719

 

 

KUNJUNGAN HORMAT DARI PENSYARAH & PELAJAR UNIVERSITAS SUMATERA UTARA (USU), INDONESIA

16 Jun 2023 - INSPEN mengucapkan terima kasih kepada Profesor Dr Elisabet Siahaan, Ketua Program Studi, Magister Manajemen Properti dan Penilaian, Universitas Sumatera Utara (USU)  bersama para pelajar kerana sudi hadir ke Institut Penilaian Negara (INSPEN). Turut menyertai kunjungan hormat ini adalah wakil dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sr Ts Dr Siti Hafsah binti Zulkarnain bersama pelajar beliau.

Pihak INSPEN amat berbesar hati menerima kunjungan hormat ini disamping dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama. Semoga kunjungan hormat ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang hadir.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.