header EN040719

 

 

EXIT CONFERENCE PENGAUDITAN PENGURUSAN GERAN PENYELIDIKAN HARTA TANAH NAPREC

23 Jun 2023 – Ucapan terima kasih kepada deligasi Audit Dalaman Perbendaharaan (ADP) Kementerian Kewangan Malaysia yang telah melaksanakan kerja-kerja pengauditan ke atas pengurusan geran penyelidikan harta tanah NAPREC, INSPEN bermula sejak Februari 2023 yang lepas. Kerja pengauditan ini telah diketuai oleh Encik Abd. Ghani bin Sulaiman, Ketua Audit Dalam, Kementerian Kewangan Malaysia.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) dan turut hadir Sr Aina Edayu binti Ahmad, Pengarah INSPEN serta wakil daripada Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat JPPH dan wakil dari Unit Kewangan INSPEN.

Pihak urusetia NAPREC berharap dengan adanya sesi pengauditan seperti ini akan dapat memberikan suatu alterasi terhadap pengelolaan dana NAPREC yang diterima dan menjadi pemudahcara kepada semua penerima geran NAPREC pada masa akan datang.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.