header EN040719

 

 

BENGKEL KEPERLUAN PENGGUNA SISTEM ANALITIK TRANSAKSI PENJUALAN TANAH DAN MAKLUMAT SEWAAN, PROJEK NAPREC 2023

7 Julai 2023 - Satu bengkel berkaitan pembangunan sistem analitik transaksi penjualan harta tanah dan maklumat sewaan telah dijalankan di Bilik Kristal 1, INSPEN. Tujuan utama bengkel adalah untuk mendapatkan input daripada peserta bengkel dalam membangunkan sistem ini.

Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Muhammad Faiz bin Mohd Zaki dari Universiti Malaya, iaitu penerima Geran Penyelidikan NAPREC. Peserta bengkel terdiri daripada bakal pengguna sistem termasuk pihak NAPIC JPPH Ibu Pejabat, wakil Bahagian Teknologi Maklumat JPPH Ibu Pejabat, wakil firma penilai swasta iaitu Sr. Michael K. K. Kong dari Macreal International, Sr Huang Hua (Victor) dari HASB Consultants (Selangor) Sdn. Bhd., Encik Mohammad Syahir bin Idrus dari Bahagian Penilaian Khas dan Pembangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sr. Aida binti Omar, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta beberapa pengguna lain dari pelbagai agensi awam dan swasta.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.