header MY040719  

 

PEMBENTANGAN DAN PAMERAN POSTER PENYELIDIKAN NAPREC DI MAJLIS PERSIDANGAN ANALITIS DATA RAYA (BDA) PERUMAHAN ANJURAN KPKT

7 November 2023 – YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah hadir bagi merasmikan Majlis Persidangan Analitis Data Raya (BDA) Perumahan anjuran Bahagian Perancangan Perumahan KPKT dengan kerjasama Unit NAPREC, Institut Penilaian Negara (INSPEN) yang berlangsung dari 7 hingga 8 November 2023 di Hotel Sama-Sama KLIA.

Sebanyak tiga kertas penyelidikan NAPREC berkaitan Data Raya (Big Data) dan Perumahan telah dibentangkan sepanjang persidangan berlangsung iaitu:

1. Identification of Business Intelligence in Managing Big Data for Property Management, Ketua Penyelidik, Dr. Siti Hajar Othman (UTM). Pembentangan telah disampaikan oleh Dr. Ain
   Farhana Jamaludin (UM).
2. A Smart Vision-based Practical Building Defect Assessment During Defect Liability Period (DLP), Ketua Penyelidik, Prof. Dr. Loo Chu Kiong (UM). Pembentangan adalah daripada Mr.       Lim Zi Hao (UM).
3. Property Development Costs: A Cost-Effectiveness Study to Apprehend Unaffordable Housing Crisis, Ketua Penyelidik, Sr. Dr. Fara Diva Mustapa (UTM).

Di samping itu, sebanyak 17 buah Poster Penyelidikan NAPREC turut dipamerkan sepanjang majlis persidangan sebagai hebahan hasil penyelidikan NAPREC kepada pihak pemegang taruh.

Selain hasil penyelidikan NAPREC, persidangan ini turut melibatkan pembentangan dari penggiat industri berkaitan Big Data dan Artificial Intelligent. Persidangan ini turut dihadiri pelbagai Jabatan di bawah KPKT seperti Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara, Syarikat Perumahan Negara, Jabatan Pengurusan Sisa Pejal Negara dan Perbadanan Prima Malaysia.

Pihak INSPEN mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada pihak KPKT terutamanya kepada YBrs. Tuan Haji Suhaimi Ali @ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), En. Amir Onn Mustapha, Setiausaha Bahagian (Bahagian Perancangan Perumahan) dan seluruh pihak KPKT yang telah memberi ruang dan peluang kepada para penyelidik NAPREC untuk menyertai persidangan ini.

Please publish modules in offcanvas position.