KE ARAH AKREDITASI MQA: INSPEN DIBERI AKREDITASI SEMENTARA OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) BAGI PROGRAM SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH DAN SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH
i. Akreditasi Sementara - adalah satu perlakuan penilaian untuk memastikan sama ada sesuatu program itu telah menepati keperluan kualiti minimum sebelum dianugerahkan Akreditasi Penuh.
ii. Akreditasi Penuh - merupakan satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang ditawarkan oleh sesebuah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia.
Oleh yang demikian, panel penilaian telah berpuas hati dan seterusnya memberikan Akreditasi Sementara kepada INSPEN melalui Pusat Akademik bagi dua program sijil iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah (MQA/FA 11513) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (MQA/FA 11514) bermula dari 19 April 2018 hingga 18 April 2023.
Setinggi-tinggi tahniah!