KUIZ KEMERDEKAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2023
24 Ogos 2023 – Bersempena bulan kemerdekaan, Unit Perpustakaan INSPEN telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan kakitangan. Kuiz ini telah disertai seramai kira-kira 30 kakitangan dan telah berlangsung di Perpustakaan INSPEN.
Selain menguji sejauh mana pengetahuan kakitangan INSPEN terhadap sejarah kemerdekaan Malaysia, program ini juga secara tidak langsung dapat memupuk dan menaikkan lagi semangat patriotik warga kerja sempena Hari Kebangsaan 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Sr. Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN, yang telah sudi meluangkan masa dan turut sama menyertai kuiz yang telah dianjurkan ini. Pihak INSPEN juga mengucapkan tahniah kepada lima orang pemenang yang telah berjaya mendapat markah tertinggi sempena kuiz tersebut. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Tempat Pertama : Puan Mariati Fariza binti Abdullah
Tempat Kedua : Cik Nurul Naziha Akama binti Mawati
Tempat Ketiga : Puan Marliyana binti Saharan
Tempat Keempat : Cik Nor Sherina binti Mustaffa
Tempat Kelima : Puan Rosilawati binti Daud
Selamat menyambut dan meraikan Hari Kebangsaan 2023 diucapkan kepada semua warga INSPEN. Semoga pada sambutan hari kemerdekaan kali ini, kita semua dapat terus bersatu padu dan mengukuhkan lagi perpaduan tanpa mengira kaum demi membangunkan masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.
{gallery}INSPEN/Berita 2023/KuizMerdeka{/gallery}