header MY040719  

 

×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /opt/lampp/htdocs/inspen/images/INSPEN/Berita2021/InovasiINSPEN21

×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/INSPEN/Berita2021/InovasiINSPEN21

Majlis Sambutan Hari Inovasi INSPEN 2021

23 Ogos 2021

Majlis Sambutan Hari Inovasi INSPEN 2021 yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi INSPEN (PPDI) telah berlangsung pada 23 Ogos 2021 lalu secara dalam talian.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah INSPEN, YBrs. Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari dan turut disertai oleh YBrs. Dr Rohana Abdul Rahman (Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi) serta para ketua pusat dan unit INSPEN.

Sambutan Hari Inovasi tahun ini dimeriahkan lagi dengan penganjuran beberapa aktiviti iaitu Pertandingan Mencipta Tema IRERS 2022, Pertandingan WFH Virtual Hunt dan Pertandingan Projek Inovasi.

Pada hari kemuncak Majlis Sambutan Hari Inovasi INSPEN 2021, pihak penganjur telah mengadakan pertandingan Projek Inovasi yang menyaksikan pembentangan projek inovasi yang telah disertai oleh 5 kumpulan daripada pelbagai lapisan kakitangan INSPEN.

Juri jemputan yang telah dijemput menilai dan mengadili keseluruhan projek inovasi tersebut ialah Encik Mohd Zamri bin Awang, Sr Norhisham bin Shafie dan Puan Mazlina binti Awang Kechik.

{gallery}INSPEN/Berita2021/InovasiINSPEN21{/gallery}

Please publish modules in offcanvas position.