header MY040719  

 

MESYUARAT LEMBAGA PENGELOLA AKADEMIK

4 November 2023 – Mesyuarat Lembaga Pengelola Akademik (LPA) INSPEN Bil. 1/2023 telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, bertempat di Holiday Villa Beach Resort and Spa Langkawi, Kedah.

Ahli-ahli LPA terdiri daripada pihak Pengurusan Tertinggi JPPH dan INSPEN, Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH), Pertubuhan Jurukur Diraja Malaysia (RISM), Malaysian Institute of Property and Facility Managers (MIPFM), Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants in the Private Sector Malaysia (PEPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan wakil industri harta tanah.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk melaporkan segala kegiatan Program Sijil Harta Tanah INSPEN sepanjang tahun 2023 serta mendapatkan pandangan bagi penambahbaikan terhadap program akademik. Ahli mesyuarat turut memperakukan graduan yang akan berkonvokesyen pada 23 November 2023. Sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan pada mesyuarat ini.

 

Please publish modules in offcanvas position.