TAHNIAH! INSPEN KINI DIPERSIJIL DENGAN MS ISO 9001:2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah dipersijil dengan MS ISO 9001:2015 bagi skop Rekabentuk, Pembangunan dan Peruntukan Latihan di dalam Bidang Penilaian Harta Tanah, Pengurusan Harta Tanah, Perkhidmatan Harta, Teknologi Maklumat dan Pengurusan dan Pentadbiran bermula 14 September 2018 sehingga 14 September 2019 oleh SIRIM QAS International.