header MY040719  

 

PEMBENTANGAN HASIL PENYELIDIKAN DANA NAPREC KE KPKT

10 Ogos 2023 – Profesor Dr. Salina Kassim selaku Ketua Projek Penyelidikan NAPREC, Institut Penilaian Negara (INSPEN) yang juga merupakan Profesor dari Universiti Islam Antarangsa Malaysia (UIAM) telah membentangkan hasil penyelidikan beliau bertajuk Sustainable and Responsible Investment Sukuk as a Potential Source of Funding for Affordable Housing in Malaysia kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sesi pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Rosidawati binti Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Dasar Perumahan, Bahagian Perancangan Perumahan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bersama barisan pegawai di bahagian tersebut.

Pada sesi ini, para penyelidik telah berpeluang mengemukakan beberapa cadangan terhadap struktur pelaburan Sukuk yang boleh bertindak sebagai sumber pembiayaan yang baharu serta berpotensi dalam pembinaan rumah mampu milik di Malaysia.

Pihak NAPREC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPKT di atas jemputan ini serta minat mereka terhadap hasil penyelidikan NAPREC dalam usaha untuk terus membangunkan industri harta tanah di Malaysia terutama berkaitan rumah mampu milik.

Kembali Ke Arkib Berita

Please publish modules in offcanvas position.