header MY040719  

 

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU INSPEN BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024 

6 November 2023 – Pendaftaran pelajar baharu INSPEN telah bermula seawal jam 9 pagi dengan ditemani ahli keluarga. Selain sesi pendaftaran, para ibu bapa juga telah diberikan taklimat oleh Ketua Pusat Akademik INSPEN, mengenai laluan pendidikan dan potensi kerjaya para pelajar kelak.

Pihak INSPEN mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baharu INSPEN yang telah berjaya melanjutkan pengajian di INSPEN. Diharapkan kejayaan yang dikecapi pada hari ini dapat dijadikan sebagai pencetus semangat untuk para pelajar melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

 

Please publish modules in offcanvas position.