Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Institut Penilaian Negara, ringkasnya INSPEN akan terus menyediakan aktiviti yang diperlukan bagi meningkatkan potensi dan keyakinan diri dalam profesion harta tanah. Dengan pengalaman lebih daripada tiga puluh tahun, kami tetap memburu kecemerlangan dalam pembangunan sumber daya manusia dan pengetahuan yang sepatutnya dimiliki oleh setiap pengamal profesion harta tanah. Sebagai rakan pilihan, kami bersedia berkongsi pengalaman, kemahiran dan ilmu bagi membantu membina potensi diri apabila melalui proses latihan kami. Sejajar dengan usaha Negara untuk membina keupayaan bersaing di peringkat global, kehadiran ke aktiviti latihan kami kelak merupakan satu pelaburan pembelajaran sepanjang hayat. Saya amat berharap portal ini dapat memberi maklumat kepada umum berhubung dengan peranan dan tanggungjawab kami sebagai institusi perkhidmatan awam dalam bidang latihan, penyelidikan dan pendidikan yang dinamik, cemerlang dan terbilang dalam industri harta tanah, bukan setakat dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Sertailah aktiviti latihan, penyelidikan dan pendidikan tinggi kami. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung portal ini dengan harapan supaya maklum balas diberi berterusan bagi memperkemaskan penyampaian perkhidmatan kepada semua. Terima kasih kerana melayari laman web kami.
Pengarah
Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Kementerian Kewangan Malaysia
Tel.Pejabat : 03-8911 8900
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.