header EN040719

 

 

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA TAHUN 2023 BERSAMA WARGA INSPEN

6 Januari 2023 - Telah berlangsungnya Majlis Amanat Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tahun 2023 bersama YBrs Sr Abdul Razak bin Yusak bersama warga Institut Penilaian Negara (INSPEN). Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Nusantara, INSPEN yang turut dihadiri Sr Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Ketua Pembangunan Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN, bersama barisan pengurusan INSPEN yang lain.

Dalam majlis tersebut, KPPPH telah menyampaikan amanat dan hasrat beliau kepada seluruh warga kerja INSPEN untuk memberikan komitmen serta mutu perkhidmatan yang lebih baik agar INSPEN terus dikenali di seluruh Malaysia. Sebelum berakhir majlis, telah berlangsung sesi soal jawab bersama warga kerja INSPEN bagi membuka dan memberi peluang untuk bertanyakan soalan dan memberikan idea dalam memastikan peningkatan mutu kerja yang lebih baik

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.