header EN040719

 

 

BENGKEL PESURUHJAYA BANGUNAN

31 Julai 2023 – INSPEN telah menganjurkan Bengkel Pesuruhjaya Bangunan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2023 bertempat di Bilik Sri Zamrud, INSPEN. Bengkel ini telah dihadiri oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN dan Encik Mohamad Faizal Mansor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPPH sebagai pemerhati pada hari ketiga bengkel ini dijalankan.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membuka peluang kepada semua pihak bagi membincangkan isu-isu berkaitan tugasan sebagai Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu juga, peserta turut berpeluang mengemukakan cadangan dan resolusi terbaik untuk tindakan selanjutnya oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Kembali Ke Arkib Berita

Please publish modules in offcanvas position.