header EN040719

 

 

PROGRAM BERJAYA DALAM PELAJARAN DAN KERJAYA

31 Januari 2023 – Unit Hal Ehwal Pelajar, Pusat Akademik INSPEN telah menganjurkan program psikologi yang bertemakan “BERJAYA DALAM PELAJARAN DAN KERJAYA”. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Norbayusri bin Baharudin yang merupakan Pegawai Penjara dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan tatacara untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya serta membantu pelajar untuk lebih memahami konsep berkaitan proses pembelajaran.

Program yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini telah dihadiri seramai 100 orang pelajar INSPEN daripada program Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah(SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA). Program ini turut diceriakan lagi dengan aktiviti latihan dalam kumpulan yang bertajuk “Kapal Karam”.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat memberikan manfaat yang baik kepada semua pelajar INSPEN yang terlibat serta dapat digunapakai pada masa kini dan akan datang.

Kembali ke Arkib 2023

Please publish modules in offcanvas position.